Monday, 20 May 2024

UniSZA Cakna Kesihatan komuniti di Besut

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

BESUT: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan mengadakan program Hero Komuniti: Cakna Kesihatan di Kampung Raja, Besut, hari ini.

Pengarah Program, Dr Ibrahim Said, berkata sejak berlakunya pandemik, pelbagai lapisan masyarakat terkesan dengan situasi itu.

“Dalam keterbatasan pergerakan, komuniti sukar untuk mendapatkan rawatan di mana-mana klinik kesihatan”

“Jadi, ini adalah salah satu inisiatif dari UniSZA agar terus prihatin dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik dari segi kesihatan mereka”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, program selama satu hari itu melibatkan dua kawasan di Kampung Raja iaitu Pusat PDK Orang Kurang Upaya dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

“Kita telah adakan pelbagai aktiviti kesihatan sepanjang program ini seperti saringan kesihatan dan penglihatan, fisioterapi dan demostrasi rehab”

“InsyaAllah, selepas ini kita berhasrat ke tempat lain pula untuk memeriksa kesihatan komuniti di seluruh Terengganu”, katanya.

Program anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) itu turut membabitkan 20 petugas kesihatan Pusat Pembangunan Hospital UniSZA (PPHU) yang terdiri daripada pengawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara