Wednesday, 08 May 2024

Pengantin Baru Terima Anugerah Pelajaran DiRaja UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS : Kegembiraan menjadi seorang isteri bertambah manis apabila dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-12, hari ini.

Noor Syafiqah Azim Mohd Zainurin, 26, yang juga graduan Sarjana Muda (ISM) Teknologi Maklumat (Informatik Media) melangsungkan perkahwinan semalam di Seri Kembangan bersyukur apabila menerima anugerah berkenaan.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dan teruja dengan penganugerahan ini dan saya ucap terima kasih kepada semua mereka menyokong dan membantu saya selama ini”

“Semalam saya mendapat gelaran sebagai isteri, hari ini saya menerima pula  Anugerah Pelajaran DiRaja yang memang saya mahu dari awal belajar lagi,” katanya ketika ditemui.

Syafiqah hadir ditemani suaminya, Mohd Azran Iskandar Rosli yang juga graduan ISM Teknologi Maklumat (Informatik Media) UniSZA dan ibunya, Rohayati Abd Manan.

 

Sementara itu, seorang lagi penerima Anugerah Pelajaran DiRaja, Lim Jin Ying, 26, berkata, dia memanfaatkan pelbagai pertandingan yang disertainya sepanjang menuntut di UniSZA sebagai medan untuk belajar.

Kecermelangan graduan Sarjana Muda Dietetik itu dalam akademik mula terserlah dari semester pertama lagi dan memperoleh Anugerah Dekan untuk lapan semester berturut-turut.

“Saya banyak menyertai pertandingan dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti peringkat kebangsaan yang berkaitan dengan bidang Dietetik”

“Saya juga berpegang prinsip iaitu sentiasa melakukan yang terbaik dan berusaha sedaya upaya dan apa pun yang kita lakukan, buat dengan semangat dan berikan komitmen sepenuhnya untuk jayakannya,” katanya ketika ditemui.

Kedua-dua graduan berkenaan menerima wang tunai sebanyak RM 7,500.00, Sijil dan Pingat bersadur emas bernilai RM 1,000.00 yang disampaikan oleh Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Dato’ Dr Mohamad Yusof Haji Mohamed Nor.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara