Monday, 20 May 2024

3,345 Graduan UniSZA dirai di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen kali ke-12

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KUALA NERUS - Seramai 3,345 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-12 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang lima hari bermula hari ini.


Daripada jumlah itu, seramai 105 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, 126 graduan sarjana, 1,801 sarjana muda dan 1,178 graduan dianugerahkan diploma masing-masing

Istiadat pembukaan majlis berkenaan disempurnakan oleh Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Dato’ Dr. Mohamad Yusof Haji Mohamed Nor.

Hadir sama, Pro Canselor, Y.M Tunku Datuk Nooruddin Tunku Dato’ Sri Shahbuddin, Pengerusi LPU, Ybhg. Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin, Naib Canselor (Menjalankan Fungsi), Ybrs. Prof. Dr. Fadzli Adam, Ahli-ahli LPU, Pengurusan Tertinggi dan Dekan-dekan.

Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul oleh dua orang iaitu graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) dengan Kepujian, Noor Syafiqah Azim Mohd Zainurin dan graduan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian, Lim Jing Ying.

Kedua-dua graduan berkenaan menerima wang tunai sebanyak RM 7,500.00, Sijil dan pingat bersadur emas bernila RM 1,000.00.

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara