Tajaan dan Bantuan Kewangan

Pelajar Tempatan

Untuk mendapatkan pinjaman/biasiswa/sokongan kewangan pendidikan, pelajar dikehendaki untuk membuat permohonan terus dengan agensi yang menawarkan pinjaman/biasiswa/sokongan kewangan pendidikan. Untuk maklumat, UniSZA juga menyediakan pelbagai bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukan, terutamanya kepada golongan pelajar B40 dan pelajar kurang upaya.

Berikut adalah antara senarai agensi yang menaja pelajar UniSZA. Pelajar boleh mengunjungi laman web agensi/organisasi untuk panduan permohonan pinjaman/biasiswa/tajaan pendidikan.”

    1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – Majoriti pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mendapat bantuan pinjaman kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). https://tinyurl.com/2p8wzprn
      Prosedur permohonan pinjaman dalam talian:
      https://www.ptptn.gov.my/makluman-pinjaman-side/langkah-pendaftaran-permohonan-pinjaman
    2. Pengeluaran melalui KWSP
    3. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) https://esilav2.jpa.gov.my/
    4. Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/pembiayaan-pelajaran/
    5. Lembaga Zakat Selangor  https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/
    6. Yayasan Tunku Abdul Rahman https://www.yayasantar.org.my/tunku-abdul-rahman-scholarship/
    7. Biasiswa WAKAF UniSZA 
    8. Kemudahan Kewangan untuk Pelajar OKU
      Semua pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemegang kad OKU layak memohon Bantuan Kewangan OKU di bawah pembiayaan Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE). Bantuan kewangan untuk golongan kurang upaya merangkumi Yuran dan wang Saku.
      Maklumat lanjut boleh didapati di laman web seperti berikut:
      https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/
    9. Perlindungan Insurans Pelajar

Kemudahan Bantuan Kewangan yang disediakan

BilJenis BantuanJumlah
1.Biasiswa WAKAF UniSZA Ditentukan oleh Jawatankuasa Pengagihan Zakat Pejabat WAKAF dan tabung amal
2.Bantuan Laptop
3.Bantuan Pembelian Data
4.Bantuan Kewangan
5.Bantuan Yuran
6.Bantuan Bencana AlamDitentukan oleh JK TKPM 
7.Manfaat selepas kematian RM1,000.00
8.Bantuan Kos Pengurusan PengebumianBergantung pada tuntutan
9.

Bantuan bagi kematian ibu bapa/ penjaga

(Penjaga merujuk kepada pelajar yang tidak tinggal bersama ibu bapa)

RM500.00
10.Pampasan kematian akibat kemalangan/penyakitRM5,000.00
11.Bantuan kekal bagi kecacatan disebabkan kemalangan/penyakitRM5,000.00
12.Kemudahan pinjaman dana untuk makanan dan minuman

RM500.00/semester

Maksimum: RM200.00

Minimum: RM100.00

Bantuan Perubatan (tuntutan adalah tertakluk kepada rawatan yang diterima di hospital kerajaan sahaja)

13.Kemasukan ke hospital disebabkan kemalanganRM100.00
14.Kemasukan ke hospital disebabkan penyakit biasa (contohnya demam, cirit-birit)RM50.00
15.Elaun harian untuk kemalangan sahajaRM20.00/hari (maksimum 25 hari sahaja)
16. Perbelanjaan untuk rawatan penyakit serius seperti kanser, penyakit jantung yang tidak melebihi RM10,000.00 dan ditanggung semasa pengajian 
17.Kos rawatan di hospital Dibiayai sepenuhnya tertakluk kepada terma dan syarat

Semua pelajar UniSZA yang berstatus aktif tempatan dilindungi oleh insurans di bawah Takaful Ikhlas Berhad Kumpulan Insurans Kemalangan yang merangkumi:

  • Kematian Kemalangan – RM27,000.00
  • Kecacatan Tetap Akibat Kemalangan – Mengikut Peratusan Kecacatan”

 

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Penajaan Endowmen dan Dana Pelajar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Aras 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Contact No.: 09-6687942/7811/7942
Email: unitpenajaan@unisza.edu.my