• 3gelung
Print

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU FPPP

Pendaftaran pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 2 September telah berjalan dengan lancar. Bagi semester 1 2013/2014 ini, UniSZA menawarkan lebih 1000 tempat untuk pelajar baru.

Daripada jumlah tersebut, seramai 229 akan mengikuti kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan. Sepanjang minggu suaikenal tersebut, para pelajar telah diberikan taklimat berkaitan kursus pengajian dan melalui pelbagai program serta aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Universiti dan Fakulti.

Pihak universiti merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa dan keluarga yang membantu proses kemasukan para pelajar baru ini ke UniSZA. Kemasukan pelajar-pelajar baru ini amatlah dialu-alukan dan diharapkan mereka dapat menempuh alam kampus dengan sebaik mungkin seterusnya berjaya menggenggam segulung ijazah di akhir pengajian kelak.